Pada 22 Haribulan Ogos yang lepas, kami Sahabat Media berkunjung ke Negeri Melaka dan akan bermalam di Bayou Lagoon Park Resort.
Ini adalah merupakan salah satu hotel yang baru dan ianya dilengkapi dengan taman tema yang memukau semua pengunjung ke sini.
Ini adalah merupakan salah satu hotel yang baru dan ianya dilengkapi dengan taman tema yang memukau semua pengunjung ke sini.
Cef Amran lah yang menyediakan segala sajian tengah hari kami. Beliau berpengalaman menjadi cef lebih 23 tahun dan sebelum ini pernah juga berkhidmat di beberapa hotel negara lain.
Kami disambut dengan "Welcome Drinks" dan Makan Tengah Hari yang tak terkata keenakannya dan mempunyai pelbagai variasi makanan.
Pihak hotel juga telah menyediakan beberapa aktiviti permainan untuk para Sahabat Media di taman tema air mereka yang sungguh indah dan menyeronokkan.
Di Bayou Lagoon Park Resort juga terdapat "Motion Pictures 9D" dengan caj RM15 seorang.
Amari Villa, Bayou Lagoon Park Resort, Jalan Wakaf Utama, 75450 Bukit Katil, Melaka. Tel:+06-233 0888 Fax: +06-253 3876
Kami juga sempat mengunjungi ke Jonkers Walk pada waktu malam dengan menaiki bot.
Beca-beca yang dihias cantik besertakan lampu-lampu berwarna-warni menyerlahkan lagi suasana malam di Jonker Walk.
Sepanjang jalan di Jonker Walk terdapat bermacam-macam barang jualan "souvenir" yang menarik dan "awesome".
No comments:
Post a Comment