Tuesday, 9 September 2014

Trip Sahabat Media ke Johor - Rumah Bugis Seri Salewangeng


                                                                                                                                           


Kami juga telah melawati Rumah Bugis Seri Salewangeng yang terkenal dengan senibina dan juga budayanya.





 Kami dijamu pelbagai jenis biskut raya dan kuih-muih kerana masih berada dalam suasana Bulan Syawal.


Kami disambut oleh Encik Abdul Hadi Ambok (44) anak kepada Hajah Indok atau nama sebenarnya Indok Chichuk Daing Hadadek. Kelihatan perabut jati dan potret-potret tokoh Bugis tersusun rapi dan rumah ini juga tidak dicemari peralatan moden seperti rumah kini. Rumah Seri Salewangeng dibina sepenuhnya menggunakan kayu belian di-import dari Jambi, dan Kalimantan, Indonesia. Bajet yang dibelanjakan setelah membaik pulihkan Rumah Seri Salewangeng adalah RM2.3 Juta dan rumah ini telah bertapak di situ lebih 75 tahun lalu.

Rumah Bugi Seri Salewangeng ini beralamat di :

Hj ambok Ingtang Md Yasin & Hjh Indok Chichuk
No 27 Kampung Sungai Kuali,
82300 Kukup, Pontian Johor.

3 comments: