Tuesday, 9 September 2014

Trip Sahabat Media Ke Johor - Bukit Nanas, Pekan Nanas dan Muzium Nenas, Pontian

Pada 12 hari bulan Ogos, Sahabat Media dibawa ke Pusat Penyelidikan Nenas Pontian. Ianya adalah antara pusat penyelidikan nenas terbesar di dunia dengan kerjasama Jabatan Pelancongan berkeluasan 300 ekar. Terdapat lebih 80 jenis dan baka nenas di sini. Antara nenas yang terdapat di sana ialah Nenas Sawit, Jelebu, Kenya, Wellesley, Abaca XI, Yankee, Morris, Mexico dan lain lain. Satu pokok boleh menghasilkan lima benih. Tiap-tiap indeks mata nenas akan membezakan jenis buah dan mereka juga sedia memberikan tunjuk ajar dalam teknik penanaman buah nenas yang efektif.










                
Kami juga diberi rasa potongan nenas yang baru sahaja dipetik, rasanya amat manis tak seperti yang terdapat di tempat lain mungkin kerana ianya segar dan baru di petik.

Dari sini, kami ke Muzium Nenas

Nenas bukan sahaja boleh dimakan, ia juga boleh dibuat menjadi benang untuk dijahit menjadi baju.
Ini lah baju yang dibuat daripada nenas."Awesome" kan?

Anda boleh hubungi di nombor- nombor sekian untuk sebarang maklumat :
 
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Alor Bukit, 81500 Pekan Nanas
Pontian, Johor
07 6991307
 
 
Muzium Nanas Negeri Johor
Batu 32 Jalan Johor Pontian,
Johor Darul Ta'zim
Tel : 07-6868750 / 6871249
Fax : 07-6870607


1 comment: