Wednesday, 10 September 2014

Trip Sahabat Media - Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak






Pada 19 Ogos yang lepas, rombongan Sahabat Media telah berkunjung ke Gaharu Tea Valley HOGA, Gopeng Perak.




Setibanya, kami disambut dengan teh gaharu sebagai "welcome drink".

Pokok gaharu atau dikenali sebagai ‘chen xiang’ di China hanya diketahui umum sebagai bahan penting pembuatan produk wangian.
Gaharu dikomersialkan sebagai minuman teh untuk kesihatan.

Daun dan ranting pokok gaharu digunakan untuk membuat teh gaharu. Ia boleh mengubati pelbagai penyakit seperti gaut, darah tinggi, penyakit prostat, diabetes dan masalah kencing tak lawas.

Ekstrak teh gaharu ini juga membantu melancarkan peredaran darah serta menguatkan sistem pertahanan badan. Jika diamalkan berterusan, ia boleh menyingkirkan toksin dalam tubuh dan juga sebagai ejen antipenuaan bagi wanita.



Pihak Gaharu Tea Valley juga telah memperkenalkan beberapa jenis makanan yang berasaskan gaharu. Antara makanan yang diperkenalkan adalah pau gaharu, pai gaharu, muffin gaharu dan aiskrim gaharu.

Kami juga mendapat peluang menikmati makanan tersebut dan ianya amat enak dan berkhasiat. Mereka juga dalam proses untuk memperkenalkan lebih banyak lagi makanan yang berasaskan gaharu seperti "nasi minyak gaharu" tetapi kami belum berkesempatan untuk menikmatinya kerana ia masih dalam proses ujikaji.

 Kami dibawa menaiki van ke puncak bukit untuk melihat pemandangan ladang pokok gaharu dari atas.





Proses tanaman pokok gaharu dilakukan secara sistematik dan mengikut piawaian antarabangsa.
Hasilnya dijamin selamat kerana semua pokok menggunakan bahan organik sepenuhnya.

Gaharu Tea Valley mempunyai keluasan sebanyak 300 ekar yang digunakan untuk menanam pokok "Aquilaria Spp" atau dikenali sebagai pokok Gaharu.

Mereka juga mempunyai rancangan untuk membuka kafe gaharu di puncak bukit.



Beberapa pokok gaharu disini dilukiskan dengan beberapa corak binatang untuk memeriahkan lagi suasana di ladang gaharu. Menurut mereka, sesiapa yang memeluk pokok ini dengan niat tertentu, hajatnya akan tercapai.
Teh Gaharu dijual dengan beberapa jenis pakej. Antaranya, HOGA Tea 25 uncang dijual dengan harga RM59.90, 200 uncang dijual dengan RM 320 dan lain-lain pakej.

Terdapat juga beberapa produk berasaskan gaharu yang dijual disini seperti "set kecantikan gaharu", "minyak wangi" "snek gaharu" dan juga "rempah sup gaharu".

Pada sesiapa yang inign mencuba khasiat gaharu yang pelbagai boleh hubungi mereka :

GAHARU TEA VALLEY GOPENG
Lot 9840, Mukim Teja,
31600 Gopeng,
Perak, Malaysia
GPS : 4.458491, 101.192954
Hotline : 05-3511 999
Fax : 05-3511 996
Open Daily 09:00 - 18:00

Tuesday, 9 September 2014

Trip Sahabat Media - Lost World of Tambun, Perak

Pada 19 Ogos yang lepas, Rombongan Sahabat Media telah berkunjung ke The Lost World Of Tambun, Tambun, Perak. 


Kelihatan hotel dan pemandangan yang begitu gah di sekitarnya tak puas mata memandang dan pandangan terhenti ke arah taman temanya yang memukau kami.
 
Kami disambut dengan "welcome drinks" dan diberi kunci bilik masing-masing. Suasana bilik di hotel ini sangat "awesome".



 Terdapat 174 bilik dan 20 "Executive Suite" di blok kedua. Terdapat juga "Classical" 74 Unit, "Exotic" 71 Unit dan "Premiere Suite" 3 Unit. Semua bilik boleh menikmati perkhidmatan WiFi secara percuma.


 Bila kami menaiki Stormrider, kami rasakan seolah-olah berada dilautan menerjah ombak dalam kapal berayun yang ketinggiannya hingga 180 darjah.
 Kereta api antik "Adventure Express" membantu sesiapa yang sudah letih ataupun kurang upaya berjalan. "Adventure Express"  ini juga memudahkan kita menjelajah sekitar Lost World Of Tambun.










 Kami berpeluang melihat aksi lincah harimau bersama penjaga dan tumpukan sepenuh perhatian bagaimana harimau itu menunjukkan kemahiran dengan melompat ke atas batu dan memanjat batang kayu untuk mendapatkan makanan.







 Aktiviti di zoo ini dilakukan bersama-sama keluarga menjadi platform terbaik pelajar dan pelancong untuk mengenali haiwan itu dengan lebih dekat serta bermanja bersama haiwan-haiwan di sini.


Untuk memanjakan diri, bolehlah ke kolam air panas yang terdapat di sini.
Ianya mengandungi galian mineral semulajadi 100%.
Terdapat Foot Spa, Crystal Spa, dan Steam Cave.
Spa ini juga mempunyai Infinity Pool yang boleh menampung 300 orang pada satu masa dan Lost World Hot Springs and Spa boleh mencecah suhu setinggi 40 darjah celcius. Ianya seperti sauna, boleh melancarkan peredaran darah dan membuang segala toksin daripada tubuh badan kita dan kita juga boleh makan sambil bersantai.


 

Dua malam di sini sebenarnya tidak cukup untuk kami menikmati segala kemudahan, tarikan dan keindahan yang terdapat di Lost World of Tambun.





TAMAN TEMA LOST WORLD of TAMBUN
Sunway Lagoon Water Park Sdn. Bhd. (240342-P)
 Alamat: No. 1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
 Tel: 605 542 8888
 Fax: 605 542 8899
 E-mail: lostworldoftambun@sunway.com.my
 Laman Web: www.sunwaylostworldoftambun.com

Harga Tiket:
 Dewasa RM 45.00 seorang
 Kanak-kanak RM 38.00 seorang
 Kanak-kanak di bawah ketinggian 90cm, PERCUMA
 Pakej berkumpulan minimum 30 orang – Tempahan awal perlu dilakukan.

Masa Beroperasi:
 Isnin – Jumaat 11 am – 6 pm
 Sabtu & Ahad 10 am – 6 pm
 Cuti Sekolah & Cuti Umum 10 am – 6 pm
 Taman tema ini DITUTUP setiap Selasa kecuali pada Cuti Persekolahan dan Cuti Umum